Nasional

Anggota tentera maut terjun bangunan, didakwa akibat buli

Seorang anggota tentera meninggal dunia selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga bangunan kediaman di sebuah kem tentera di Batu Bahat, Johor pada 29 Ogos lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Muhammad Izzudin Runggai berkata, akibat kejadian itu, mangsa telah mengalami kejadian parah di bahagian kepala.

“Mangsa bagaimanapun meninggal dunia kira-kira pukul 2.30 petang semalam ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Johor.

“Bedah siasat akan dilakukan pada hari ini untuk mengetahui punca kematian mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Muhammad Izzudin, pihaknya akan menyiasat apa punca mangsa membuat tindakan terjun dari bangunan.

Jelasnya, keterangan pihak keluarga berkaitan dakwaan mangsa berkemungkinan dibuli dan didera juga akan disiasat.

Sebelum ini, kisah mengenai anggota tentera berkenaan tular di media sosial yang turut mendakwa mangsa dibuli dan didera. -SM

(Visited 140 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button