fbpx
BeritaNasional

Bergambar di kuburan, jangan sampai agama Islam difitnah

BILA seorang wanita berpakaian pengantin bergaya di kubur Kristian. Pastinya ia akan menimbulkan kemarahan dalam kalangan penganut agama berkenaan.

Secara tidak langsung kemarahan itu turut terpalit kepada penganut agama Islam dan orang Melayu di negara ini.

Inilah akibatnya apabila seseorang terlalu ghairah mengejar populariti dan untuk melariskan jualan atau perkhidmatan yang ditawarkan tanpa memikirkan sensitiviti kaum dan agama di negara ini.

Islam telah banyak difitnah di dalam dan di luar negara, oleh penganut sendiri dan penganut agama lain. Pihak berkuasa tidak seharusnya membiar perkara ini berlalu begitu sahaja tanpa sebarang tindakan kerana ia akan mengundang banyak lagi perbuatan jelek sedemikian pada masa hadapan.

Contohnya apabila seorang artis mengambil tindakan menyaman netizen yang menghina anaknya dan telah menang kes berkenaan, lebih ramai artis yang mahu mengambil tindakan dan ini menjadi pengajaran kepada masyarakat supaya lebih bersopan ketika membuat komen di media sosial.


Tatasusila dan bahasa perlu dijaga dan jika tidak mereka bakal berdepan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa atau disaman pihak yang merasakan dirugikan.

Bayangkan jika ada penganut agama lain pula bergambar sedemikian di perkuburan orang Islam, apa akan terjadi. Ia pastinya menjejaskan ketenteraman di negara ini.

Golongan muda di negara ini perlu diajarkan dan difahamkan isu sensitif di sebuah negara yang mempunyai berbilang kaum serta agama. Mereka harus faham kebebasan juga ada hadnya dan jika melanggar sesuatu peraturan harus berdepan dengan tindakan.

Show More

Related Articles

Back to top button