Jenayah

DBKL, PDRM serbu pusat urut gay, pelacuran

SEBUAH premis menjalankan aktiviti gay dan dua buah pusat urut menawarkan aktiviti pelacuran telah diserbu malam tadi.

Serbuan dilakukan oleh Jabatan Penguatkuasaan (JPK) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dari Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Foto: FB Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Premis maksiat tersebut terletak di di tiga lokasi berasingan iaitu di Kepong Baru, Taman Melati Utama Setapak dan Jalan Lombong Taman Miharja, Kuala Lumpur.

Dalam serbuan di pusat gay pihak berkuasa telah menahan empat orang lelaki terdiri daripada warganegara Vietnam, Indonesia, Pakistan dan dua orang warga tempatan sebagai penjaga premis untuk diambil keterangan bagi proses dokumentasi.

Foto: FB Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Manakala seramai 5 orang wanita tukang urut ditahan dalam serbuan di dua lagi premis urut yang menjalankan aktiviti pelacuran.

DBKL dalam satu kenyataan memberitahu, serbuan berkenaan dilakukan berikutan aduan dan maklumat yang diterima.

“DBKL telah membuat siasatan serta risikan awal dan mendapati berlakunya aktiviti tidak bermoral di lokasi-lokasi berkenaan.

“Hasil serbuan yang dijalankan terhadap premis-premis tersebut mendapati dua premis tidak mempunyai lesen perniagaan rumah urut,” katanya.

Pihak berkuasa turut bertindak meroboh dan memecah sekatan terhadap 25 struktur dinding yang dijadikan bilik tanpa kelulusan menerusi Seksyen 79, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

Mereka turut menyita 53 barangan termasuk kondom, minyak pelincir dan lain-lain peralatan.

Foto: FB Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Tindakan penguatkuasaan juga dilakukan dengan mengeluarkan dua notis kompaun UUK 3(1), satu notis kompauan UUK 20(1)(b) dan satu notis kompauan UUK 20(1)(e) di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016.

Tindakan penutupan serta-merta terhadap tiga premis itu juga telah dibuat mengikut Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Foto: FB Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

“Operasi dan kerjasama daripada agensi sahabat ini akan diteruskan dari masa ke semasa. Warga kota disaran untuk terus memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada pihak DBKL,” katanya.-SM

 

 

(Visited 706 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button