Rencah Hidup

Berbuka puasa: POLIMAS Jitra, Alumni rai 100 pelajarnya

POLITEKNIK Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah bersama Persatuan Alumni POLIMAS meraikan kira-kira 100 orang pelajar dalam Majlis Berbuka Puasa bersama pelajar kolej kediaman baru-baru ini.

Majlis yang diadakan di Pusat Islam POLIMAS bermula pada pukul 6.45 petang.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Sokongn Akademik POLIMAS, Dr Mhd Azmin Mat Seman sebagai mewakili Pengarah POLIMAS.

Hadir sama Timbalan Pengarah Akademik POLIMAS, Salmiyah Che Ahmad,  Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Unit, pihak pengurusan Pusat Islam POLIMAS, ahli jawatankuasa Unit Perhubungan Alumni POLIMAS.


Sebelum majlis berbuka puasa, wakil Persatuan Alumni POLIMAS, Bismin [email protected], Pengurus Afrianish Enterprise telah menyerahkan sumbangan berjumlah RM2,000 kepada Pusat Islam POLIMAS bagi menjalankan aktiviti-aktiviti lain bulan Ramadan.

Semua yang hadir juga turut berjemaah sembahyang Maghrib, Isyak dan Tarawih.

Sementara itu, Dr Mhd Azmin Mat Seman berkata, majlis ini bertujuan mengeratkan hubungan sesama siswazah dan mengenali mereka dengan lebih dekat.

“Selain itu dapat menggalakkan semangat ukhwah dalam bulan Ramadan,” katanya.

Sementara itu salah seorang pelajar yang ditemui, Mohamad Haikal Mohd Sohaidi berkata, majlis berbuka ini sesuatu yang menyeronokkan, sebelum ini hanya berbuka sendirian dibilik masing-masing atau bersama rakan sebilik.

Seorang lagi pelajar, Awaluddin Sabarudin berkata, ini merupakan pengalaman pertamanya berbuka puasa beramai-ramai.

“Saya rasa kita boleh saling mengenali terutamanya dalam konsep makan beramai-ramai ini , kita lebih dekat dan lebih rapat dengan rakan yang lain”, katanya. – SM

(Visited 56 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button