Rencah Hidup

[VIDEO] Tarian pengebumian, ‘funeral dance’ di Ghana

MUNGKIN bosan di rumah kerana perlu akur perintah berkurung di negara terlibat dengan pandemik Koronavirus (Covid-19), video upacara tarian pegembumian ditularkan dengan paparan pelbagai aksi lasak.

Menariknya, selain aksi lasak yang diselitkan, terpapar dalam akhir setiap video sekumpulan lelaki dan perempuan berpakaian seragam serta berkod menari sambil memikul keranda.

Diselingkan pula dengan lagu Astronomia daripada Tony Igy. Memang masuk betul!

Video tersebut bukanlah sesuatu yang baharu. Tetapi, apabila diselitkan dengan aktiviti atau aksi lasak, ia terus menjadi bahan jenaka.

TARIAN PENGEBUMIAN

Bagaimanapun, kita pasti terfikir, kematian biasanya diiringi dengan air mata dan tangisan daripada ahli keluarga dan rakan.

Namun, berbeza dengan apa yang kelihatan dalam video berkenaan apabila pembawa keranda menari seolah-olah meraikan sesuatu. Ataupun itu cuma gimik persembahan?

[BACA] Video pasangan dinikahkan imam di halaman rumah tular — Suara Merdeka
[BACA] Model kurta: Ya, saya buat dua kerja, bukan Melayu malas — Suara Merdeka

Sebenarnya itulah budaya sosial masyarakat di Ghana iaitu sebuah negara di benua Afrika.

Tiada catatan sejarah jelas mengenai upacara pengebumian ahli keluarga yang meninggal dan apakah maksud sebenar tarian itu diadakan.

Walau bagaimanapun, terdapat satu dokumentari ringkas diterbitkan portal berita British Broadcasting Corporation (BBC) mengenai upacara pengebumian tersebut.

Menerusi rakaman yang dihasilkan wartawan Sulley Lansah, beliau menemubual ahli keluarga, penari dan penduduk ketika upacara pengebumian dekat sebuah penempatan di sana.

Berdasarkan temubual salah seorang penduduk, Elizabeth Annan yang kematian ibunya ketika itu memberitahu upacara tarian dan persembahan itu adalah satu bentuk penghormatan terakhir.

TARIAN PENGEBUMIAN

Katanya, detik tersebut adalah yang terakhir buat keluarganya sebelum membenarkan ibunya dikebumikan.

ELIZABETH ANNAN

“Masyarakat di sini apabila mengiringi ahli keluarga tersayang meninggal dunia, mereka akan menari.

“Jadi, saya mahu mengiringi mayat ibu sambil menari untuk pergi bertemu dengan penciptanya,” katanya.

Bagaimanapun, menurut ketua kumpulan penari itu, Benjamin Aidoo, upacara itu merupakan permintaan ahli keluarga dan terdapat bayaran tertentu dikenakan.

Jelasnya, dengan wujudnya permintaan sedemikian, dia boleh wujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat di sana sebagai penari ‘Pallbearers’.

[BACA] Isa Isarb – Jadilah YouTuber yang bermaruah — Suara Merdeka

“Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk upacara pengebumian. Bergantung kepada ahli keluarga (pelanggan) apa yang mereka mahu.

BENJAMIN AIDOO

“Mahu upacara pengembumian yang sebenarnya, ada perhiasan atau boleh tambah koreografi (tarian). Mereka cuma minta dan kami akan buat,” ujarnya.

Menerusi dokumentari itu, terdapat pelbagai aksi tarian dilakukan oleh kumpulan penari berkenaan mengikut permintaan ahli keluarga.

Ganjil, bukan? Ternyata berbeza sekali dengan budaya masyarakat kita yang pasti menganggap sebagai tidak menghormati jenazah dan ahli keluarga jika berbuat demikian.

Tanda kedudukan sosial

Sementara itu, portal ARCHYDE.COM melaporkan, upacara berkenaan juga menunjukkan kedudukan sosial masyarakat di sana.

Adakah semakin meriah upacara semakin tinggi kedudukan sosialnya atau dilihat sebagai kaya?

Mungkin benar, kerana upacara tarian pengebumian itu lazimnya akan berlangsung selama tiga hingga tujuh hari.

[BACA] Ludah dalam kolam renang pangsapuri Cheras — Suara Merdeka
[BACA] [VIDEO] Tergamak ajar anak mencuri di pasar raya — Suara Merdeka

Justeru, kos yang perlu dibayar oleh ahli keluarga adalah sekitar 13,000 Cedi (RM9,755). Mahal betul! – SM

(Visited 537 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button