Politik

Belum tahu nak pertahankan kerusi Parlimen Port Dickson

SATU lagi kemahiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) ialah bermain teka-teki.

Beliau kini menyatakan belum memutuskan sama ada mahu mempertahankan kerusi Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua pembangkang itu sebaliknya menjelaskan, tumpuannya ketika ini ialah pemilihan PKR.

“Mengenai soal bertanding di Port Dickson, saya belum buat keputusan lagi,” katanya dipetik Bernama selepas meninjau Bazar Ramadan di Batu 4, Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam.

Bagaimanapun, nama Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sembilan disebut sebagai calon PKR untuk bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson pada PRU15.


“Belum ada sebarang keputusan untuk menamakan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Negeri Sembilan, Aminuddin Harun sebagai calon parti untuk bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson pada PRU15.

“Belum ada apa-apa keputusan dan tak perlu buat andaian. Ini masa pemilihan parti dan bukan pilihan raya. Justeru ia tiada kaitan, yang menang kemungkinan akan jadi calon dan yang tak menang pun kemungkinan boleh jadi calon PRU,” jelas Anwar.

Jawapan Anwar secara langsung menjawab persoalan berhubung keputusan Aminuddin merebut jawatan Ketua PKR Port Dickson pada pemilihan parti yang dilihat sebagai laluan bertanding di kerusi Parlimen itu pada PRU15.

“Bagi saya, siapa nak bertanding tiada masalah dan saya katakan ‘ok’ pada semua. Siapa nak bertanding dalam lima penjuru, semua saya kata ok dan silakan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan 46 calon akan bertanding merebut sembilan jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat, Majlis Pimpinan Pemuda dan Wanita PKR pada pemilihan parti bulan depan. – SM

 

(Visited 27 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button