MahkamahNasional

Bekas NUJ Utusan failkan tuntutan pampasan

BEKAS kakitangan ahli Kesatuan Wartawaan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUJ) Cawangan Utusan (NUJ-UM) menfailkan tuntutan pampasan di Mahkamah Tinggi hari ini.

Tuntutan tersebut dibuat dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Nadzarin Wok Nordin berhubung faedah penamatan perkhidmatan.

Faedah penamatan perkhidmatan itu dikatakan terkandung dalam perjanjian kolektif (CA) antara pekerja dengan majikan sebelum ini.

Justeru tuntutan dibuat selepas, pekerja dikatakan tidak mendapat sebarang pengesahan mengenai pembayaran pampasan seperti tertakluk dalam CA.

Malah, jumlah faedah penamatan perkhidmatan itu juga tidak dinyatakan dalam ‘Statment of Affairs’ yang dikeluarkan pada bulan November 2019.

“Setakat yang kita telah buat sebelum ini kita perlu menfailkan ke mahkamah, pihak defendan melalui pelikuidasi mengambil pendirian yang sangat lemah.

“Mereka tidak berani mengeluarkan pengesahan dalaman yang mana dokumen atau surat mengiktiraf ataupun tidak manfaat penamatan pekerja.

“Sebab itu, sebelum kes ini dimulakan, rundingan lebih awal dibuat.

“Kemudian kita telah menulis dua kali surat kepada pihak pelikuidasi untuk mereka memberikan pengesahan.”

Demikian penjelasan peguam dari tetuan Fakhri & Co, Ahmad Fakhri Abu Samah dalam sidang akhbar selepas perbicaraan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Beliau menyifatkan tuntutan ini penting kerana melibatkan pekerja yang sudahpun berkhidmat lebih 20 tahun.

Menurutnya, penfailan NUJ Utusan adalah bertujuan bagi memastikan kebajikan pekerja berdasarkan kepada CA adalah terbela.

“200 orang yang telah diberhentikan, tidak bekerja, dan kehilangan pendapatan.

“Jumlah yang mereka patut dapat daripada faedah penamatan dan sebagainya adalah belum diproses dan ada manfaat yang kini dinafikan.

“Sebab itu kes ini amat penting bagi menentu sahkan yang mana jumlahnya bernilai jutaan ringgit.

“Khas untuk isu-isu penamatan khidmat sahaja dan kesannya kepada pekerja,” jelasnya.

Terdahulu, hampir 800 kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad diberhentikan selepas syarikat berkenaan mengambil keputusan menggulung syarikat secara sukarela.

Daripada jumlah tersebut kira-kira 200 kakitangan bukan eksekutif merupakan ahli NUJ.

Notis pemberhentian diberi dikatakan kurang 24 jam menyebabkan pekerja yang datang bekerja pada hari terakhir perlu mengemas tempat kerja masing-masing.

Bagaimanapun, Nadzarin menetapkan perbicaraan bersambung pada 10 September ini. – SM

 

(Visited 826 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button