Nasional

Gangguan bekalan air di 463 kawasan di Lembah Klang sudah 26 peratus pulih

SEHINGGA pukul 12 tengah hari ini, pemulihan bekalan air di 463 kawasan yang terjejas ekoran pencemaran bau di Loji Rawatan Air Semenyih telah mencapai tahap 26 peratus.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd., Elina Baseri berkata, kawasan yang semakin pulih ialah Hulu Langat 61.1 peratus,  Sepang (43.3 peratus), Putrajaya (17.4 peratus), dan Petaling serta Kuala Langat masih belum pulih.

Elina Baseri

“Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna. Bekalan air di kesemua 463 kawasan yang terjejas akan diterima secara berperingkat-peringkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 12.00 tengah malam, 3 September 2021.

“Bantuan bekalan air alternatif melalui lori tangki air terus digerakkan kepada para pengguna dan premis-premis kritikal di kawasan-kawasan yang terjejas sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

“Air Selangor memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mendapatkan bekalan air daripada lori-lori tangki.


“Sila rujuk aplikasi Air Selangor, laman sesawang www.airselangor.com dan semua saluran rasmi sosial media Air Selangor termasuk Facebook, Twitter, Instagram Air Selangor untuk maklumat bekalan air yang sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.

“Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor,” katanya. – UTUSAN

(Visited 26 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button