Nasional

Bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur mulai pulih berperingkat

LIMA kawasan seperti Petaling, Klang / Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Selangor mulai terima bekalan air bermula petang tadi.

Bekalan air dilihat pulih secara berperingkat 13 hingga 67 peratus kecuali di kawasan Hulu Selangor dan Kuala Langat yang masih dalam proses pemulihan.

Sehingga pukul 6 petang tadi, 404 kawasan atau 32 peratus mulai menerima bekalan air selepas 1,279 kawasan mengalami gangguan sejak petang semalam.

“Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran henti tugas loji rawatan air (LRA) di empat kawasan.

“LRA tersebut adalah Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang yang henti tugas pada 10 November 2020.

“Justeru, sebanyak 875 kawasan di wilayah yang terjejas masih lagi dalam proses pemulihan.

“Pengguna yang mendapat bekalan air disarnkan menggunakannya secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih belum mendapat bekalan iar berjalan lancar.”

Demikian perkembangan proses pemulihan gangguan bekalan air menerusi satu kenyataan daripada Air Selangor hari ini.

Dalam pada itu, Air Selangor turut menasihatkan pengguna membiarkan air pili mengalir sebingga jernih sebelum digunakan.

Sementara pengguna yang masih belum mendapat bekalan air dimaklum boleh mendapatkannya menerusi alternatif yang disediakan.

“Bantuan bekalan alternatif di pili-pilli awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) masih lagi disediakan untuk kemudahan para pengguna yang terlibat dengan gangguan bekalan iar tidak berjadual ini.

“Air Selangor akan memaklumkan status pemulihan bekalan air dari semasa ke semasa menerusi medium komunikasi rasmi.

“Pengguna boleh merujuk aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com,” katanya.

Terdahulu, Air Selangor memaklumkan henti tugas lima LRA Sungai Selangor selepas mengesan pencemaran pada tahap 4 TON.

Susulan itu, henti tugas LRA di sana terpaksa dilaksana menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di tujuh wilayah melibatkan 1,139,008 juta isi rumah. – SM

(Visited 272 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button