NasionalRencah Hidup

Apabila Orang Melayu Tampil Bergaya Dengan Busana Klasik Pada Hari Raya Aidilfitri!

Setiap kali menjelang perayaan Aidilfitri, mengenakan pakaian baharu yang segak dan bergaya menjadi satu kenangan manis buat sang pemakai.

Umumnya, majoriti memakai baju Melayu cekak musang atau teluk belanga bagi lelaki manakala perempuan pula sinonim dengan baju kurung atau berkebaya.

Namun apabila ada segelintir orang Melayu mulai bangkit memartabatkan busana klasik pada hari kemenangan, ia bagaikan satu penghormatan.

Menerusi perkongsian Facebook Zara Klasik Busana Melayu yang menganjurkan Peraduan Raya Zara Klasik, sambutannya sangat menggalakkan.


Kita dapat lihat orang-orang Melayu dengan bangganya mengenakan busana Melayu klasik tersebut dengan pelbagai gaya yang tersendiri.

Jom kita sama-sama cuci mata lihat kejantanan lelaki Melayu serta keayuan wanita Melayu yang tampil mengenakan busana klasik ini :

Apa pendapat anda tentang orang-orang Melayu yang membangkitkan serta memperjuangkan semula pemakaian busana klasik ini pada hari perayaan?

Ayuh sebar luas keunikan bangsa Melayu dan tinggalkan pendapat anda pada bahagian komen media sosial Suara Merdeka.

Sumber foto : Facebook Zara Klasik Busana Melayu

 

 

(Visited 95 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button