Uncategorized

Bayi dengan sindrom Werewolf jadi anak angkat Raja Permaisuri Agong

SEPERTI mimpi, luah ibu kepada bayi istimewa, Theresa Guntin setelah menerima warkah dari Istana Negara bahawa Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berhasrat menjadikan Missclyen sebagai anak angkat.

Missclyen Roland yang berusia 2 tahun itu dilahirkan dengan wajah dan tubuh berbulu lebat akibat sindrom Congenital Generalised Hypertrichosis (CGH).

Bayi dengan sindrom Werewolf jadi anak angkat Raja Permaisuri Agong
Bayi dengan sindrom Werewolf jadi anak angkat Raja Permaisuri Agong

Menurut satu hantaran ibu kanak-kanak istimewa itu dalam akaun Facebook peribadinya, dia telah menzahirkan rasa syukur ekoran perutusan Tuanku Azizah kepada ayahnya telah menyatakan baginda akan membiayai perbelanjaan sekolah dan kos perubatan Missclyen.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri telah mencemar duli berjumpa dengan Missclyen ketika Kembara Kenali Borneo di Bintulu. – TVS

(Visited 179 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button