Uncategorized

Zahid tiada harapan jadi PM, semuanya pilih Ismail Sabri!

BATU PAHAT: Tiga pemimpin utama Johor menyatakan so­kongan padu kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, MCA akan terus menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri apabila BN berjaya menubuhkan kerajaan selepas memenangi PRU15.

Menurut beliau, sokongan adalah sebagai tanda keperca­yaan parti bahawa beliau mampu menggerakkan negara ke mercu kejayaan lebih gemilang pada masa akan datang.

“Sebelum ini, apabila Majlis Tertinggi UMNO mencadangkan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri, MCA sokong cadangan itu.

“Datuk Seri Ismail Sabri bukan hanya akan menjadi Perdana Menteri yang ke-9 malah, beliau akan terus diangkat sebagai Perdana Menteri yang ke-10 nanti,” katanya dalam ucapan pada Majlis Ramah Mesra.

Perdana Menteri Bersama Warga Parlimen Ayer Hitam, di sini semalam.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad.

Hasni yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, turut menyatakan bahawa seluruh kepimpinan UMNO bahagian di negeri ini menyatakan sokongan tanpa berbelah bahagi kepada Ismail Sabri untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.

Katanya, sokongan itu di­nyatakan dalam Persidangan UMNO Bahagian masing-ma­sing sebelum ini.

Onn Hafiz turut menyatakan sokongan padu kepada Ismail Sabri dalam memimpin negara selepas PRU15.

Malah, pelbagai peruntukan telah diberikan kepada Johor semasa Ismail Sabri menerajui negara.

(Visited 187 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button