Luar Negara

Bawa mayat isteri mangsa Covid-19 guna basikal, jiran enggan tolong

DISEBABKAN takut dijangkiti virus Covid-19 jiran-jiran tidak sanggup membantu seorang warga emas yang kematian isteri akibat jangkitan pandemik itu.

Tidak ada pilihan lain, warga emas berusia 70 tahun itu terpaksa menggunakan basikal untuk membawa mayat isteri tersayang ke tempat pembakaran mayat.

Ini kerana tidak ada jiran-jiran yang sanggup membantu menguruskan mayat isterinya itu yang meninggal dunia akibat Covid-19.

New Indian Express melaporkan, kejadian berlaku di desa Ambarpur kira-kira 200km dari Lucknow.

Pihak polis memberitahu, warga desa tersebut takut untuk membantu warga emas itu kerana bimbang dijangkiti virus Covid-19.Ba

(Visited 714 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button