Luar Negara

Dua wartawan mati ditembak di lebuh raya Colombia

DUA wartawan ditembak mati oleh penyerang bermotosikal di lebuh raya utara Colombia semalam selepas mereka menjalankan tugasan membuat liputan perayaan santo peanung di sebuah kampung berdekatan.

Leiner Montero, pengarah sebuah stesen radio dalam talian dan Dilia Contreras, pengarah sebuah laman berita dalam talian, maut berhampiran bandar Fundacion ketika mereka pulang daripada membuat liputan tersebut.

Ketua Polis di Jabatan Magdalena, Andres Serna berkata, hasil siasatan awal mendapati pergaduhan tercetus antara Montero dan beberapa individu lain.

“Selepas tindakan tidak bertoleransi ini, wartawan itu memutuskan untuk meninggalkan tempat itu bersama Dilia dan seorang lagi lelaki tetapi mereka dibunuh dalam perjalanan pulang.

“Kami berjanji kepada penduduk Magdalena untuk menyelesaikan kes menyedihkan ini yang membabitkan dua wartawan yang amat dihargai dalam kalangan kesatuan, keluarga dan kenalan mereka secepat mungkin,” kata Serna.

Walaupun pihak berkuasa masih tidak jelas sama ada pembunuhan itu ada kaitan dengan profesion kewartawanan, Yayasan Kebebasan Media menggesa kes itu disiasat segera dan kerja mereka diambil kira ketika siasatan itu. – SM

(Visited 188 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button