NasionalNegeri

Perlis tawar pakej “Pengalaman Pelancongan” tarik pengunjung

PERLIS menawarkan pakej “Pengalaman Pelancongan” yang berasaskan warisan, adat, makanan termasuk mangga harumanis yang digelar antara terbaik di Malaysia, laluan-eko, bukit batu kapur, dan juga suasana sawah padi yang memukau.

Ini kerana di Perlis, tiada produk pelancongan buatan seperti pusat membeli belah mega, taman tema mahupun hotel bertaraf lima bintang.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bersama Mohd Fuad ketika berkenan merasmikan Sejati Homestay di hadapan SMK Sanglang, Kampung Rama, Jalan Kuala Sanglang, Perlis.

Bagaimanapun ia sememangnya sudah dimaklumi oleh semua pelancong yang pernah bertandang ke sini.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat merasmikan ‘Sejati Homestay’ di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanglang, Kampung Rama, Jalan Kuala Sanglang, Perlis sempena Program Kayuhan MAIPs Peduli baru-baru ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan merakam gambar kenangan ketika berkenan merasmikan Sejati Homestay di hadapan SMK Sanglang, Kampung Rama, Jalan Kuala Sanglang, Perlis.

Keberangkatan tiba Tuanku Syed Faizuddin Putra ke premis yang boleh memuatkan maksima 50 orang penginap tersebut disambut oleh Pengurusnya, Mohd Fuad Mansor.

Tuanku Syed Faizuddin Putra ketika berkenan merasmikan Sejati Homestay di hadapan SMK Sanglang, Kampung Rama, Jalan Kuala Sanglang, Perlis.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.

Tambah Raja Muda Perlis, Tahun Melawat Perlis 2024-2025 adalah juga selari dengan Tahun Melawat Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia, Malaysia, Thailand 2023-2025 (IMT-GT 2023-2025).

Sejati Homestay di hadapan SMK Sanglang, Kampung Rama, Jalan Kuala Sanglang, Perlis antara inap desa baharu bakal menarik pelancong.

Sehubungan itu titah Baginda Perlis amat berharap melalui segala usaha yang bakal dilaksanakan hasil daripada maklumbalas yang sangat baik daripada para pelancong setakat ini, maka jumlah pengunjung diterima pada tahun 2022 iaitu 2.99 juta akan semakin meningkat. – SM

(Visited 417 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button