Nasional

Canggihnya kampus UIAM: Laluan jalan kaki, tempat letak kereta jana tenaga solar

KUALA LUMPUR – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mencatat rekod tersendiri apabila laluan pejalan kaki dan tempat letak keretanya dipasang dengan solar photovoltaic atau solar pv 10 megawatt (MW).

Tenaga solar itu dibekalkan melalui loji solar yang mampu menjana 32,000 kWjam sehari.

Projek pemasangan panel solar yang dilancarkan di kampus Gombak hari ini dijangka siap pada September tahun depan.

Presiden UIAM, Datuk Mohd. Daud Bakar memberitahu, projek ini merupakan manifestasi idea daripada para pelajar.

Ia diselia oleh pihak pengurusan universiti dan mendapat sokongan padu daripada ahli-ahli akademik.

Projek pemasangan panel solar ini kelak boleh menghasilkan 11,884,000kWh tenaga setahun.

Sudah pasti kaedah ini mengurangkan intensiti karbon dengan setara 235,000 nada karbon dioksida (co2).

Gading Kencana Sdn Bhd (Gading Kencana) sebagai pemain dalam industri loji kuasa solar berskala besar, menjadi pelabur bagi projek tersebut dengan menggunakan meteran tenaga nett.

Perkongsian pintar di antara Gading Kencana dengan anak syarikat UIAM, Daya Bersih semestinya membantu mengurangkan bayaran bil elektrik.

(Visited 151 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button