Ekonomi

Bank Rakyat umum dividen 14 peratus bagi 2019

BANK Rakyat hari ini mengumumkan dividen 14 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 berbanding 13 peratus pada tahun sebelumya.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ini akan melibatkan jumlah bayaran sebanyak RM406 juta kepada semua anggotanya berjumlah 842,847 untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019.

Pembayaran dividen ini akan dibuat pada 29 Mac, 2020

“Bank Rakyat sentiasa prihatin terhadap keperluan anggotanya yang mana 30 peratus penerima individu terdiri daripada golongan B40, manakala 20 peratus penerima anggota koperasi turut terdiri daripada golongan B40,” katanya yang mengumumkan dividen Bank Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini

Wan Junaidi berharap pembayaran dividen ini akan dapat membantu meringankan beban kewangan kepada anggaran 5.1 juta rakyat Malaysia (berdasarkan 4 orang seisi keluarga) pada saat negara dilanda penularan pandemik COVID-19 yang turut menjejaskan pendapatan serta ekonomi negara.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Pengurusan serta seluruh warga kerja Bank Rakyat kerana telah berjaya merekodkan kejayaan yang memberangsangkan sekali lagi,” katanya.

BACA:

Kumpulan Bank Rakyat merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM1.15 bilion bagi tahun kewangan yang berakhir Disember 2019 dan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.79 bilion, di tengah-tengah tahun yang mencabar.

Meskipun dalam persekitaran ekonomi yang mencabar, prestasi yang baik ini dapat dicapai melalui pendapatan bersih yang lebih tinggi sebanyak 3.26 peratus berikutan pertumbuhan pendapatan operasi teras dan kos dana yang lebih rendah sebanyak 1.62 peratus hasil daripada penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada separuh kedua  2019.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Rosman Mohamed berkata prestasi mampan ini juga dapat dicapai menerusi asas yang kukuh dan fokus dalam aktiviti teras kumpulan serta inisiatif berterusan untuk meningkatkan baki Akaun Semasa dan Akaun Simpanan (CASA).

 

(Visited 370 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button