Ekonomi

Bank Rakyat lantik Mohamad Mentek sebagai ahli lembaga pengarah

Bank Rakyat, agensi di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) hari ini mengumumkan pelantikan ahli Lembaga Pengarah baharu berkuat kuasa 19 Mei 2020.

Dato’ Sri Haji Mohammad Bin Mentek yang merupakan Ketua Setiausaha MEDAC telah dilantik sebagai salah seorang ahli Lembaga Pengarah bank koperasi berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dato’ Rosman Mohamed mengucapkan tahniah kepada Dato’ Sri Mohammad atas pelantikannya dan mengalu-alukan penyertaan beliau sebagai ahli Lembaga Pengarah baharu untuk bersama-sama menerajui Bank Rakyat menerusi perkongsian pengalaman dan ilmu.

“Semoga dengan pelantikan ini, Bank Rakyat akan memperoleh manfaat daripada pengalaman luas beliau dalam bidang pengurusan sumber manusia, penyelidikan dan dasar menerusi karier perkhidmatan beliau sebelum ini termasuk sebagai Ketua Pengarah ESSCOM, Jabatan Perdana Menteri.

“Beliau juga diharapkan dapat mengukuhkan lagi integriti Bank Rakyat dan mencapai pengalaman perbankan pelanggan yang memuaskan serta kecemerlangan yang berterusan,” ujar Dato’ Rosman Dato’ Sri Mohammad, 56, merupakan graduan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik dan Ijazah Sarjana Sains Statistik dari Universiti Minnesota, Amerika Syarikat.

Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 28 tahun sejak mula menyertai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Oktober 1992. – SM

(Visited 497 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button