MahkamahNasional

Mahkamah Rayuan tentukan nasib Najib Razak hari ini

Rayuan kes SRC International

KES rayuan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang diketahui umum, akan disampaikan keputusannya oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini.

Kes terhadap sabitan Najib dan hukuman penjara 12 tahun serta denda sebanyak RM210 juta berhubung penyelewengan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Keputusan dijangka disampaikan melalui dalam talian pagi ini berikutan perayu dan peguam belanya merupakan kontak kasual kepada anak lelaki Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah Muhammad Farhan yang disahkan positif Covid-19.

Pasukan pendakwaan pula diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk V. Sithambaram, akan hadir dalam prosiding mahkamah terbuka itu.

Najib, 68, memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lepas yang menjatuhi hukuman 10 tahun penjara ke atas najib bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan tiga kes pengubahan wang haram.

Najib juga dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau penjara lima tahun bagi setiap satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan yang melibatkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Najib bagaimanapun hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali memerintahkan kesemua hukuman penjara berjalan serentak. – SM

(Visited 358 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button