Ekonomi

Bank Negara Malaysia mampu tangani risiko krisis politik

BANK Negara Malaysia (BNM) mampu menangani sebarang bentuk krisis termasuk politik, jika ia memberi kesan kepada ekonomi dan kewangan negara.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Perkara itu ditegaskan oleh Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, bahawa  bank pusat itu akan kekal dengan fokus kepada mandatnya untuk memastikan kestabilan kewangan dan pasaran kewangan negara kekal teratur.

Katanya, krisis boleh datang daripada mana-mana saja termasuk politik.

Kesan pertama katanya, adalah menyebabkan ketidaktentuan dalam pasaran kewangan.

“BNM akan kekal fokus bagi memastikan pasaran kewangan teratur dan menjamin kestabilan monetari dan kewangan. Kami mempunyai alat, dasar dan kemampuan untuk memastikan pasaran kewangan teratur,” katanya katanya pada sidang media mengumumkan prestasi ekonomi negara pada suku kedua 2021 secara maya.

Lagi pula katanya, BNM mempunyai rekod prestasi dalam memastikan pasaran kewangan teratur ketika berdepan pelbagai ketidaktentuan.

Menurut beliau, politik yang tidak stabil akan memberi kesan dari segi pelaksanaan dasar, oleh itu penting untuk menguruskan krisis kerana mana-mana negara akan mendapat manfaat daripada kestabilan politik.

(Visited 252 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button