KesihatanLuar Negara

Kes Naik Mendadak, Austria Buat ‘Lockdown’ Kepada Rakyat Yang Belum Divaksinasi

KIRA-KIRA dua juta rakyat Austria yang belum mengambil vaksin dikenakan ‘lockdown’ ekoran lonjakan kes Covid-19 yang naik secara mendadak.

Menurut laporan BBC, Canselor Alexander Schallenberg mengambil pendekatan sedemikian memandangkan ia satu keperluan untuk melawan Covid-19.

“Kami tidak memandang ringan dan mengambil mudah tentang usaha-usaha ini namun malangnya mereka yang belum divaksinasi memang perlu ‘berkurung’.

“Mereka hanya dibenarkan untuk meninggalkan kediaman atas sebab-sebab yang terhad seperti bekerja atau membeli makanan,” katanya kepada media.

Alexander berkata demikian kerana hanya 65 peratus penduduk Austria diberi vaksin sepenuhnya sekali gus menjadikan ia sebagai negara Eropah Barat dengan kadar vaksinasi terendah.

Sementara itu, kadar jangkitan dalam tujuh hari adalah lebih tinggi daripada 800 kes bagi 100,000 orang yang merupakan jumlah tertinggi di Eropah.

Secara keseluruhannya, Eropah sekali lagi menjadi wilayah yang paling teruk terjejas oleh wabak itu dan beberapa negara sedang memperkenalkan sekatan dan amaran tentang peningkatan kes.

Bagaimanapun, United Kingdom menjadi salah satu negara dengan kadar jangkitan Covid-19 yang tertinggi masih belum memperkenalkan semula sekatan walaupun pemimpin kesihatan menggesa peraturan seperti memakai pelitup muka di kawasan sesak dan tertutup di bawa balik bagi mengelakkan krisis musim sejuk.

Langkah-langkah yang diperkenalkan di Austria pada Isnin di mana langkah-langkah tersebut di buat ketika tekanan yang semakin meningkat ke atas hospital negara, pada mulanya akan berlangsung selama 10 hari.

Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan orang yang baru sembuh daripada virus akan dikecualikan.

Pada hujung minggu, beratus-ratus orang membuat protes di luar canselori di ibu negara, Vienna, melambai sepanduk dengan tulisan ‘Tubuh Kita, Kebebasan Kita Untuk Membuat Keputusan’.

Mereka yang tidak divaksinasi telah pun dihalang daripada mengunjungi restoran, pendandan rambut dan pawagam, tetapi kini dijangka tinggal di rumah.

Schallenberg mengatakan bahawa dia telah memberitahu penduduk bahawa mereka hanya dibenarkan meninggalkan rumah atas urusan tertentu.

“Sebenarnya kami telah memberitahu satu pertiga daripada penduduk bahawa mereka tidak akan meninggalkan rumah selain daripada sebab-sebab tertentu.

“Itu adalah pengurang besar-besaran dalam hubungan antara yang divaksinasi dan yang tidak divaksinasi,” ujarnya.

Kerajaan berkata polis akan menjalankan pemeriksaan mengejut di tempat awam untuk menentuk status vaksinasi individu. – SM

(Visited 138 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button