Politik

Asingkan jantina di pusat hiburan Terengganu jejaskan kesamarataan – DAP

KETUA Wanita DAP Chong Eng berpendapat pengasingan jantina di pusat hibuaran di Terengganu merupakan halangan yang akan menghalang Malaysia mencapai kesetaraan dan keterangkuman gender.

Menurutnya, tindakan itu juga tidak akan membendung keganasan berasaskan jantina dan akan menyebabkan stereotaip yang tidak sihat antara lelaki dan wanita.

Justeru Exco Pulau Pinang itu menggesa kerajaan Terengganu mempertimbangkan semula langkah mengasingkan jantina di pusat hiburan.

“Berdasarkan kajian dari Universiti California, pengasingan jantina antara lelaki dan wanita sebagai langkah perlindungan akan menyebabkan stereotaip jantina yang akan menyumbang kepada keganasan seksual dalam masyarakat.

“Jaringan Pakar Undang-undang Eropah dalam Bidang Kesaksamaan Jantina menunjukkan pada peringkat fundamental, pengasingan akan mengakibatkan keganasan jantina yang juga akan mewujudkan budaya salahkan mangsa dan menjadikan semua lelaki sebagai ancaman kepada wanita,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan negeri Terengganu memperkenalkan peraturan pengasingan tempat duduk mengikut jantina kepada penonton dalam pawagam di negeri itu.

Langkah itu diambil sebagai usaha bagi mengekang gejala sosial sekali gus menjadikan pusat hiburan itu sebagai patuh syariah.

Mememtik laporan Malaysiakini, Chong Eng mencadangkan agar Terengganu melaksanakan Dasar Keterangkuman Gender seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang.

“Dasar pengasingan jantina merupakan halangan yang akan menghalang negara kita mencapai kesetaraan dan keterangkuman gender.

“Saya cadangkan pembangungan pendekatan sensitif-gender untuk menangani keganasan berasaskan jantina dan bukannya langkah-langkah perlindungan yang memperkuatkan stereotaip jantina dalam masyarakat, ”katanya.

“Saya cadangkan pembangungan pendekatan sensitif-gender untuk menangani keganasan berasaskan jantina dan bukannya langkah-langkah perlindungan yang memperkuatkan stereotaip jantina dalam masyarakat, ”katanya.-SM

(Visited 325 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button