Politik

Najib tempelak cadangan elaun bulanan gantikan KWSP

CADANGAN memberikan elaun kepada rakyat golongan seperti B40 dan M40 didakwa tidak akan membantu negara menghadapi pandemik.

Kerajaan didakwa tidak akan mampu berbuat demikian ekoran kehilangan beberapa sumber pendapatan besar seperti pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Justeru, jika cadangan itu dilaksanakan, ia akan menyebabkan kerajaan terpaksa berbelanja melebihi kadar sumber pendapatannya.

“Jika tak batal (GST) dan rejim PH (Pakatan Harapan) tak tambah hutang RM140 bilion, tak jarah RM84 bilion dan kurangkan hasil kerajaan sebanyak RM20 bilion setiap tahun, sudah tentu lebih banyak bantuan boleh diberi kepada Rakyat pada zaman pandemik ini.”

Kata bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan yang dikemukakan oleh bekas penasihat rasmi ekonomi kepada Perdana Menteri ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Dr. Muhammed Abdul Khalid.

Muhammed mencadangkan pemberian elaun bulanan kepada B40 dan M40 berbanding pengeluaran daripada Akaun 1, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam wawancara bersama The Malaysian Insight semalam.

Beliau dikatakan meminta kerajaan mencontohi kaedah yang diamalkan di Singapura dan Jepun yang memberikan elaun khas secara bulanan kepada rakyatnya.

Bagaimanapun, cadangan berkenaan ditempelak Najib Razak yang mendakwa GST diperkenalkannya seperti Singapura dan Jepun itu dimansuhkan oleh Kerajaan PH.

“‘Pakar ekonomi’ merangkap penasihat ekonomi rasmi kepada PM-7 sepanjang tempoh rejim Gagalkrasi PH jahanamkan ekonomi yang juga adik ipar Tun Daim kata semalam bahawa skim pengeluaran KWSP tidak masuk akal.

“Dia kata ia lebih elok untuk kerajaan memberi elaun bulanan kepada semua golongan B40 dan M40 sebab ‘Jepun buat, Singapura pun buat’.

“Eh, Jepun dan Singapura pun ada GST. Yang korang batalkan kenapa pula!

“Sembang je pandai.

“Lagipun, ‘pakar ini’ langsung tak faham kenapa ramai Rakyat mahu bayaran pertama sebagai lump-sum.

“Sebab itu, bayaran elaun bulanan tidak mungkin memenuhi kehendak ini,” kata Najib. – SM

(Visited 364 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button