Politik

Janji Gerakan, Baba Nyonya dapat pengiktirafan UNESCO

 

 

MELAKA – Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berjanji akan menyerahkan pencalonan rasmi untuk mendapatkan status Tapak Warisan Budaya Tidak Ketara Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk melindungi budaya Baba Nyonya dan budaya Kristang yang unik di negeri ini.

Menurutnya, janji itu akan dilaksanakan jika Perikatan Nasional (PN) berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.

Beliau berkata, usaha itu dilihat dapat melindungi etnik budaya Baba Nyonya dan Kristang daripada pupus ditelan arus pemodenan

“Sehingga Disember 2020, sejumlah 584 tapak warisan tersenarai dalam Warisan Budaya Tak Ketara UNESCO, seperti Pizza Naples Itali, Sulaman Cina, Kabuki Jepun, Khon Thai dance dan Urutan Thai, semuanya telah dimasukkan dalam senarai ini.

“Justeru, saya melihat budaya Baba Nyonya dan budaya Kristang juga perlu mendapat pengiktirafan daripada UNESCO kerana mempunyai syarat untuk diaplikasikan,” ujarnya.

 

Beliau memberi contoh bahawa rumah-rumah gaya lama budaya Baba Nyonya yang berada di negeri ini adalah antara yang terunik di dunia.

Ujarnya, yang menjadi lebih istimewa melihat pakaian tradisional Nyonya dan teknik sulaman manik amat harus diketengahkan di dunia agar ia dihargai untuk dipelihara dan diwarisi.

 

“Bagi budaya Kristang juga unik kerana etnik ini merayakan San Pedro, pertandingan bot berhias dan persembahan tradisional mereka Serani Teng Teng,” ujarnya.

Selain itu, katanya, bahasa Kristang yang dituturkan oleh keturunan Portugis di sini telah disenaraikan sebagai bahasa yang hampir hilang oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bagi menghadapi PRN Sabtu ini, lima calon parti itu yang bertanding ialah B. Dhanesh (Asahan), Datuk Seri Michael Gan Peng Lam (Ayer Keroh), Patrick Ng Chin Kae (Kesidang), Clarice Chan Ming Wang (Bandar Hilir) dan Fong Khai Ling (Kota).

(Visited 292 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button