Mahkamah

“Asiah Jalil Tahu Tak Maksud ‘Jaga Anak’? – Dr. Malar Geram Dengar Soalan Peguam!

Sejak kes ni viral, sy tak pernah komen/cakap/post apa apa pasal isu ini…tak pernah langsung. Malah sy tak pernah pun tgk video Bella yg viral ketika ditemui itu, sy tak boleh, tak sanggup…

Namun, saya amek inisiatif untuk hadir sendiri ke perbicaraan dan dengar sendiri. Dan ni sy kongsikan sinopsis perbicaraan versi Celoteh Dr Malar

Peguam Asiah Jalil : Bilik laundry tu ada tingkap kan?

Saksi : Ye ada

Peguam : Kalau bukak tingkap, boleh lah dengar anak jiran menangis kan?

Saksi : Iya

Peguam : Tapi 4 bulan Bella didera, takde sorang pun jiran dengar Bella menangis

Saksi : Tak pasti

Peguam : 4 bulan Bella didera, takde sorang pun jiran buat report polis

Saksi : Saya tak pasti

**Malar dalam hati : Kalau setiap kali anak jiran menangis, si jiran pi buat report polis, semua mak kat Malaysia ni akan meringkuk dalam penjara, tau takk??

Rumah yg ada kanak², mmg lah akan dengar bunyi menangis hampir hari hari. Lagipun rumah bonda tu mmg ramai budak kan, banyak baby, macam mana jiran nak kenal yg mana satu menangis sbb lapar, sbb bergaduh, sbb didera… Isshhh.. jiran sy buat report polis tak nih, anak² sy memang menangis setiap hari pun..hadooiii

Peguam No 2 : Saksi, awak ingat tak waktu awak mula mula tinggal di rumah bonda, SB ada bibik

Saksi : Iya

Peguam : Bibik ni lah yang jaga anak² SB kan?

Saksi : Iya

Peguam : Maksudnya awak menipu lah bila awak kata awak jaga anak² SB? Sebab sebenarnya Bibik lah yg jaga kan?

Saksi : Tak setuju

**Malar dalam hati : Hoooiii!! Kalau ada bibik, maksudnya dia tak jaga ke? Saya pun ada bibik, maksudnya saya tak jaga anak² sy ke??

Saya ada bibik fulltime,tapi yang menjaga anak² sy adalah mak saya, adik saya, suami dan saya sendiri. Bibik tu tolong tolong tengokkan je.. Ehh peguam ni tahu tak apa maksud “jaga anak”? Suka suka hati dia je label saksi tu penipu atas sebab yang tak munasabah langsung(pada pendapat saya).

*****
Banyak lagi yang diperkatakan dan dipersoalkan dalam ruang mahkamah tu yang saya rasa sangaaaaattt ridiculous.

Mungkin sebagai rakyat biasa, yang kurang arif tentang selok belok perundangan, saya tak faham motif peguam yang bertanyakan soalan soalan sebegitu.

Namun sebagai seorang ibu, hati saya luluh, pilu tak terkata!!

Mewakili ibu ibu di Malaysia yang sangat terkesan dengan kes ini, sy memohon team pendakwaraya, peguambela dan hakim kes ini untuk bukak pintu hati dan tolonglah tegakkan kebenaran dan keadilan

Coretan ikhlas oleh,
Malar Santhi Santherasegapan,
Ibu kepada 2 orang anak.

#justiceforbella
#celotehdrmalar

(Visited 5,526 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button