Hiburanpilihan

Arwah Benjy sempat khatam Al-Quran dalam penjara

Allahyarham Kheryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy yang meninggal dunia pagi tadi sempat khatam Al-Quran di dalam penjara di Medan, Indonesia.

Perkara itu diketahui selepas satu surat undangan majlis khatam Al-Quran yang diadakan pada Februari lalu turut menyenaraikan nama Benjy.

Di dalam surat tersebut, majlis khatam Al-Quran itu diadakan pada 17 Februari di Masjid At Taubah Lapas Klas 1, Medan, Indonesia.

Difahamkan juga, selain Benjy, terdapat lima lagi individu yang turut disenaraikan khatam Al-Quran dan kesemuanya adalah banduan di penjara tersebut.

Terdahulu, Pelakon popular Benjy atau Khaeryll Benjamin Ibrahim telah disahkan meninggal dunia akibat diserang asma di sebuah hospital di Medan, Indonesia.

Pemergian Allahyarham dimaklumkan sendiri oleh ayah Benjy, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi.

Sementara itu, adik Benjy, Elza Irdalynna berkata, dia dimaklumkan oleh pihak penjara Medan meninggal dunia kira-kira pukul 11 pagi (waktu Malaysia).

“Arwah memaklumkan dia tidak bernafas akibat asma di penjara dan cuba dibawa ke hospital di sana namun tidak dapat diselamatkan,” katanya.

Benjy merupakan anak kepada Allahyarhamah Azean Irdawaty dan telah dipenjarakan di Penjara Tanjung Gusta, Medan Indonesia sejak 2017.

Pada 18 Oktober 2017, Benjy dijatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun tiga bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Medan, Indonesia.

Allahyarham Benjy sebelum ini dikenali sebagai antara pelakon tempatan yang cukup hebat dan antara watak yang paling diingati ialah Jibek dalam drama Kerana Cintaku Saerah pada 2007. -SM

(Visited 707 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button