fbpx
Berita

Apa sudah jadi Pos Laju, barang tak sampai

KUALA LUMPUR – Facebook Pos Malaysia dipenuhi dengan rungutan pengguna yang mendakwa barangan yang mereka hantar tidak sampai kepada alamat yang diberikan.

Rungutan kebanyakkan datangnya daripada peniaga yang menggunakan perkhidmatan Pos Laju untuk menghantar barangan kepada pelanggan mereka.

Kebanyakkan mereka menyindir pada hantaran di Facebook Pos Malaysia yang mempromosi setem baharu logo Batman.

“Batman pulak. Barang customer saya tak sampai lagi ni. Dah sembilan hari dah. Nak tunggu sebulan ke? Kalau la batman tu wujud. Saya suruh batman carikan. Barang dari Taman Melati KL ke PJ Selangor je pun. Hilang terus. Tak ada rekod,” komen Yusnizah Houlani.

“Sibuk promote setem baru. Barang pelanggan bila nak hantar? Service tracking bila nak ok ni?” tanya Wira Csembilan Lapan.


“Tolonglah Pos Laju barang saya dari 24 September sampai sekarang tidak update, call tidak jawab. Ada pm, komen banyak kali masih tidak berbalas. Saya pergi pejabat pos Lahad Datu cakap masih tidak ada dalam sistem tapi check online track last update 24 Oktober masih di tempat yang sama. Pos Malaysia Berhad tolong la check sebab sudah sebulan lebih,” rintih Dar Puang Lomo

“Pos ada masalah tracking atau memang barang saya yang lekat di Pos Laju Banting dari 5 haribulan lepas?” kata Syed Yazzir Mohdzar.

“Sudah tiga hari tracking tak bergerak. Ada masalah sistem ke apa? Takan la dari KLIA ke Ampang ambil masa 3 hari. Adoyai,” keluh Mohd. Farizol Abdul Ghani.

“Berapa lama nak settel ni, apa punya sistemlah. Konon sistem buat penyelengaraanlah, sampai bila? Barang dah berkulat mereput baru nak sampai. Boleh ke bertanggungjawab ganti balik semua hak-hak pengguna? Kena report dengan tribunal pengguna ni, bukan sorang je mangsa,” runggut Nurul Najla.

“Hari ni saya cek track n trace, parcel saya sudah sampai pada tarikh 1 Novemver lagi dan staf Pos Laju cakap sudah SMS saya padahal saya tidak terima sebarang sms dari Pos Laju. Sebelum ini saya cek track n trace tapi tak dapat. Apa ni! Hampir parcel saya di pulangkah,” kata Rosepatahgiro Tsukushi.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button