Sukan

Azizulhasni kembali ke puncak dunia

Pelumba basikal tersohor negara Azizulhasni Awang kembali ke puncak dunia dengan menduduki ranking pertama dunia bagi individu pecut dan tempat kedua acara Keirin.
“Saya rasa gembira dengan berita ranking semasa ini. Sudah tentu ia menjadi lonjakan motivasi buat saya di dalam persiapan ke Sukan Olimpik Tokyo Ogos nanti.
“Bagi saya, ia juga adalah berita gembira buat arena sukan negara kita juga, diharap ianya sedikit sebanyak menjadi sumber inspirasi buat atlet-atlet muda di tanah air kita,” katanya dalam hantaran ke Facebook milik beliau.
Disamping itu, beliau juga berharap rakyat Malaysia akan terus mendoakan agar segala persiapan berjalan lancar dan memenangi pingat Emas di Sukan Olimpik Tokyo nanti.
(Visited 167 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button