fbpx
Politik

Anggota Kabinet: Pas serah sepenuhnya kepada PM tanpa syarat

PARTI Pas menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin untuk memilih sendiri anggota Kabinta.

Menurut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, parti itu tidak akan meletakkan sebarang syarat dan permintaan terhadap pemilihan anggota Kabinet,.

Ahli Parlimena Marang itu berkata, beliau menghargai jemputan Muhyiddin untuk memberi peluang kepadanya untuk memberi pandangan awal berkenaan pembentukan jemaah menteri yang baharu.

Katanya, beliau menyatakan pandangan supaya individu yang dilantik untuk menganggotai Jemaah Menteri adalah terdiri daripada kalangan yang berintegriti, berkelayakan, dan berkemahiran, serta mewakili masyarakat majmuk.

“Saya turut menyarankan supaya dilibatkan kalangan profesional untuk membantu Kerajaan dalam usaha meningkatkan tahap ekonomi, pendidikan, kesihatan dan kebajikan rakyat, serta diwujudkan fungsi Hisbah (ombudsmen) dalam pentadbiran.


“Saya menegaskan PAS menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan YAB Perdana Menteri untuk membentuk Jemaah Menteri dalam masa terdekat ini, tanpa sebarang syarat dan permintaan.” kata Abdul Hadi.-SM

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button