fbpx
Hiburan

Anak sepupu Neelofa dijangkiti wabak COVID-19

SELEBRITI Neelofa mendedahkan, anak sepupunya yang berusia enam bulan disahkan dijangkiti wabak COVID-19.

Berita itu dikongsi oleh Neelofa baru-baru ini menerusi gambar di Instagram dan sekaligus memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan anak sepupunya itu, Noor Sameera Mohd Nazlee.

“Kalau ada yang nak tolong doakan, selalu berdoa, doakan sekali anak kepada sepupu saya @missnoorcahaya.

“Allahuakbar, tak tahu macam mana sebenarnya perasaan seorang ibu apabila mendapat berita seperti ini,” jelasnya menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram Story.


Pada masa sama, menerusi akaun Instagram sepupunya, Noor Cahaya turut berkongsi keadaan terkini anaknya yang sedang mendapatkan rawatan di hospital.

“Terima kasih semua untuk doa dan kasih sayang. Ya, benar apa yang kalian dengar mengenai ‘baby’ Sameera positif COVID-19.

“Apa yang saya harapkan tolong sentiasa doakan saya,” tulisnya.

Jelasnya, sepupunya itu menetap di Brunei bersama keluarga suami dan salah seorang ahli keluarga baru mereka baru sahaja pulang dari luar negara.

“Mengikut cerita, dalam pesawat, ada seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang dikatakan positif COVID-19.

“Apabila pulang ke rumah, virus itu dikatakan berjangkit pada bayi ini. Namun, ujian terhadap ahli keluarga yang lain semuanya menunjukkan keputusan negatif termasuk sepupu saya,” jelasnya lagi.

Dalam kesempatan itu juga, Neelofa juga sempat menitipkan pesanan nasihat kepada pengikutnya dengan memberitahu orang ramai agar kekal berada di rumah dan bersama-sama membantu mengekang penularan COVID-19. – BERITA DIPETIK DARI ASTRO Awani -SM

(Visited 4 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button