HiburanUncategorized

Penggambaran Dayang Senandung akan diteruskan – Fadzil Teh

“SELAGI drama ini bersesuaian dengan kehendak stesen penyiar Radio Televisyen Malaysia (RTM), saya akan teruskan penggambaran drama ini”.

Itu pendirian Fadzil Teh selaku penerbit bagi Zeel Production Sdn. Bhd. ketika diminta mengulas mengenai kekecohan drama Dayang Senandung yang didakwa mendiskriminasi warna kulit.

Menurut Fadzil, watak Dayang Senandung sejak daripada dulu lagi sudah dipaparkan sebagai seorang wanita berkulit gelap.

“Saya rasa netizen boleh cakap rasis kalau saya betul-betul ambil pelakon berkulit gelap seperti Haneesya Hanee (dewi remaja) berlakon.

“Ini tidak, saya memilih Wani Kayrie untuk dimekapkan menjadi gelap,” katanya ketika dihubungi Suara Merdeka hari ini.

Jelas Fadzil, mungkin disebabkan isu diskriminasi warna kulit yang tengah hangat di Amerika Syarikat yang membuatkan Dayang Senandung terkait dengan isu ini.

Dia juga berharap supaya netizen menonton dahulu cerita tersebut yang langsung tidak terkait dengan isu diskriminasi warna kulit.

Penyanyi, Wani Kayrie (kanan) yang turut mendapat kecaman kerana membawakan watak Dayang Senandung.

Kecoh di laman sosial pagi tadi berkenaan dengan drama Dayang Senandung terbitan Zeel Poduction yang dianggap rasis kerana memaparkan seorang wanita berkulit gelap akibat terkena sumpahan.

2,600 orang tandatangan petisyen hentikan drama Dayang Senandung

Drama Dayang Senandung itu masih lagi di peringkat penggambaran dan dijangka yang ditayangkan pada akhir tahun ini.

Kekecohan itu bermula selepas penyanyi, Wani Kayrie yang juga memegang watak Dayang Senandung dalam drama tersebut memuat naik video tariannya menerusi akaun Tik Tok.

Video tersebut kemudian tersebar di laman sosial dan bermulalah siri kecaman yang menganggap drama itu bersifat mendiskriminasi warna kulit.

Apatah lagi di Amerika Syarikat sedang aktif gerakan Black Lives Matter yang memperjuangkan isu penindasan terhadap orang kulit hitam. -SM

(Visited 789 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button