Hiburan

Alami alahan teruk, doktor sangkakan Ibu Shuib Sepahtu hamil

RAMAI yang sudah mengetahui berkenaan dengan kisah kehamilan kali keempat melibatkan penyanyi, Siti Sarah Raisuddin.

Jika sebelum ini, Siti Sarah memberitahu dia sering mengalami alahan teruk, kali ini ada orang lain pula yang mengalami simptom tersebut.

Apa yang mengejutkan ialah alahan tersebut telah dialami oleh ibu mentua Siti Sarah yang juga ibu kepada pelawak, Shuib Sepahtu.

Bercerita mengenai perkara tersebut, Shuib berkata, Sarah ketika mengandungkan tiga anak sebelum ini memang mempunyai alahan yang teruk.

“Jadi, kita pernah bersembang supaya jika diberi rezeki mengandung lagi, Sarah mahu saya pula yang mempunyai alahan tersebut.

“Namun, tak sangka pula yang kata-kata tersebut terkena pada ibu saya yang mengalami alahan teruk ketika di awal kehamilan Sarah,” katanya tertawa.

Sarah dan Shuib berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Indigital Music di 10grams Puchong baru-baru ini.

Bercerita lanjut, Shuib berkata ibunya turut memaki seorang doktor yang telah memberinya alat menguji kehamilan disebabkan alahan tersebut.

“Memang kelakar sebab ibu pergi ke klinik dan doktor beritahu yang dia berkemungkinan hamil. Dia terus marah doktor tersebut sebab umur dia dah 57 tahun, dah menopause. Suami pun dah tiada jadi memang tak logik.

“Tetapi apa alahan yang dialami oleh ibu saya itu memang sama seperti alahan yang dialami oleh Sarah ketika mengandung seperti tidak lalu makan dan hanya boleh makan buah oren sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Sarah pula memberitahu yang kehamilan kali ini tidaklah seteruk sebelum ini dan hanya mengalami kepenatan sahaja.

Baginya, faktor penat itu berkemungkinan disebabkan faktor umurnya yang kini sudah berusia 36 tahun.

Shuib dan Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan kini sudah dikurniakan tiga orang cahaya mata. -SM

(Visited 1,080 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button