Ekonomi

Dr. Mahathir beri taklimat pelan pembangunan SG4

Sesi pertemuan di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan YAB Menteri Besar serta Ahli-Ahli EXCO Kerajaan Negeri Kedah berjalan lancar di Seri Mentaloon petang tadi.

Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi taklimat tertutup pada kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah mengenai perancangan pembangunan ekonomi di bawah gabungan ‘SG4’ selama hampir dua jam lima belas minit.

Pertemuan yang berjalan dalam suasana yang amat ‘conducive’ turut mendapat reaksi positif dari YAB Menteri Besar dan Ahli-Ahli EXCO Kerajaan Negeri Kedah.

Dalam sesi pertemuan tersebut Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberikan komitmen yang amat tinggi untuk terus membimbing negeri Kedah serta tiga negeri lain di bawah gabungan ‘SG4’ melalui pengalaman beliau membangunkan Malaysia pada suatu masa dahulu.

Dalam masa yang sama Tun Dr Mahathir Mohamad bernekad untuk melihat negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan Perlis membangun maju setanding dengan negeri-negeri maju lain di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Ini untuk membuktikan bahawa negeri-negeri gabungan ‘SG4’ yang diurus-tadbir oleh kepimpinan Melayu turut boleh maju secara cemerlang.

Dalam masa yang sama Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan kepimpinan negeri Kedah dan negeri-negeri gabungan ‘SG4’ untuk melaksanakan transformasi kepimpinan khususnya melawan rasuah dalam agenda bagi memperkasakan ekonomi secara lebih mantap.

Pelbagai perancangan pelaburan turut dibincangkan di peringkat awal ini bagi membangunkan ekonomi negeri Kedah merangkumi sektor perindustrian, pelacongan, pertanian, infra-struktur, pendidikan serta bidang-bidang lain.

Pada hakikatnya, negeri Kedah dan negeri-negeri gabungan ‘SG4’ mempunyai potensi yang amat tinggi kerana kaya dengan hasil-mahsul buminya cuma memerlukan tata kelola dinamis bagi mencapai matlamat tersebut.

Yang Ikhlas,
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Pengerusi
Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu
20 September 2023

(Visited 428 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button