Politik

Amirudin kesal isu SMG jadi modal politik menjelang PRN Selangor

CUKUP! Jangan dijolok sarang tabuan ya Sanusi! Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sekali lagi menegaskan isu berkaitan pembersihan Sungai Klang dan usaha sama syarikat Berjaya Land Sdn Bhd telah dijawab termasuk di Parlimen pada awal tahun ini.

Amirudin kesal apabila isu itu masih lagi dimainkan yang dijadikan sebagai modal politik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

PRN di enam negeri pada 12 Ogos, Sabtu ini dan hari ini, adalah hari mengundi awal bagi tentera dan polis bersama pasangan masing-masing.

Kata Amirudin, berkenaan isu projek inisiatif Gerbang Maritim Selangor (SMG) berkaitan pembersihan Sungai Klang dan usaha sama dengan syarikat Berjaya Land Sdn Bhd, beliau telah pun menjawabnya pada awal tahun ini.

Minggu lalu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam Jelajah Mega PN Best “Sayangi Kedah Sejahtera” di Dataran Darul Aman, Jitra, mendakwa wujud skandal antara Amirudin dengan Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan yang kononnya mahu melaksanakan projek RM10 bilion di Sungai Klang.

Sebagai timbal balas, taikun itu akan mendapat tanah 242 hektar di Selangor yang dijangka merugikan kerajaan sekitar RM180 juta.

Landasan Lumayan yang merupakan pemaju utama projek inisiatif Gerbang Maritim Selangor (SMG) itu, adalah dilantik oleh bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali.

Landasan Lumayan ialah anak syarikat MBI yang merupakan pemegang 45 peratus tanah dan Berjaya Hartanah Berhad (55 peratus) membentuk sebuah syarikat tujuan khas melalui usaha sama (JVCo) yang dikenali dengan nama Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLBSB) antara lainnya, untuk membersihkan dan membangunkan Sungai Klang. – SUMBER SINAR HARIAN – SM

BACA PRN: Amirudin terkejut Anwar umum kekal jadi MB Selangor

(Visited 120 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button