Politik

Pelantikan sebagai Duta Besar ke Amerika: Gaji tak minta, kerajaan beri, tak tolak!

BAPA mertua pelakon wanita, Nora Danish dan juga merupakan bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz tidak akan menolak sekiranya Kerajaan Perpaduan membayar gajinya sebagai Duta Besar ke Amerika Syarikat.

Nazri yang sanggup menerima dan memikul tugas sebagai Duta Besar sebelum ini berkata, beliau bersedia melaksanakan tanggungjawab itu walaupun tidak bergaji.

“Saya terima jawatan ini bukan kerana duit. Macam bekas duta kata rugilah calon lain tak dapat duit, mungkin gaji tinggi agaknya.

“Saya pun macam perdana Menteri. Saya tak perlu gaji, saya adalah duit sikit,” katanya seperti mana dilaporkan akhbar Utusan Malaysia.

Beliau menzahirkan hasrat itu bagi mengikut jejak langkah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri.

“Saya tak perlu kepada gaji. Mungkin juga sebab difikirkan saya ada tugas tertentu yang boleh saya berikan. Itu sebab mereka putuskan (lantik saya).

“Tapi, kalau (kerajaan) nak bagi (gaji) kita ambil. Saya bukan lagi ahli politik, wang bukan matlamat.

“Alasan mereka ialah kerana pelantikan saya menghalang pegawai tadbir daripada mendapat jawatan itu, maknanya nak kan duit. Saya tak begitu,” ulang Nazri berhubung gaji sebagai Duta Besar yang berkait rapat dengan jawatan menaikkan seorang bertaraf Diplomat dari Wisma Putra.

Pada masa sama, Nazri yang pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Undang-Undang dan Menteri Pelancongan meminta pihak lain tidak mempersoalkan pelantikannya sebagai Duta Besar ke Amerika kerana beliau bebas daripada elemen nepotisme, kronisme mahu pun favouritisme untuk menjawat jawatan tersebut.

Beliau juga mendedahkan telah mengadakan pertemuan dengan Anwar mengenai pelantikannya sebagai duta pada Disember tahun lepas.

“Dalam pertemuan itu, saya ada beritahu sebagai sahabat dan sebagai kawan, saya kata kalau beliau merasakan pelantikan saya ini mendatangkan beban kepada beliau, jangan lantik saya. Ini memang saya beritahu dia.

“Ya, saya teruja, seronok, gembira apatah lagi beliau perdana menteri tetapi saya beritahu kalau pelantikan saya ini menjejaskan kredibiliti beliau, menjejaskan kerja beliau, jangan lantik saya. Itu saya ada beritahu dia,” katanya. –  SM

(Visited 262 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button