Luar Negara

Al Qaradawi positif Covid-19

Oleh Razali Awang

ULAMA tersohor, Sheikh Yusuf al Qaradawi disahkan positif Covid-19. Perkara itu dimaklumkan melalui Twitter rasminya.

Dalam ciapan yang dimuat naik, walaupun disahkan positif, kesihatan tokoh berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan yang baik dan meminta pengikutnya bersama-sama berdoa supaya beliau kembali pulih.

Pengasas Kesatuan Ulama Sedunia yang berusia 94 tahun itu dan berasal dari Mesir antara ulama semasa yang tersohor yang kini berada di Doha, Qatar selepas menjadi buruan Presiden Abdul Fattah as Sisi.

Pada November 2019, Syria Care berpeluang mengunjunginya dan beliau meluangkan masa memberi kata-kata semangat terhadap kerja-kerja kemanusiaan yang diusahakan bagi membantu mangsa konflik di Syria.

“Aku doakan taufik dalam kerja-kerja kamu dan kejayaan dalam misi yang dilaksanakan.


“Pada diri kamu, negara kamu dan negara sekeliling kamu,” katanya. – SM

(Visited 60 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button