Berita

Indonesia siap sedia hadapi penularan varian Omicron

JAKARTA – Indonesia telah menyediakan 1,011 hospital dan 82,168 katil di seluruh negara sebagai persiapan berdepan varian Omicron yang sangat mudah menular dan memungkinkan peningkatan kes jangkitan Covid-19, menurut Pejabat Eksekutif Presiden Indonesia (KSP).

Penasihat kanan KSP, Abraham Wirotomo berkata, kerajaan telah menyediakan peralatan perlindungan diri, ubat-ubatan dan diagnostik serta keperluan perubatan lain yang mencukupi bagi tempoh tiga bulan akan datang.

“Memandangkan kemungkinan lebih ramai pelancong asing berkunjung ke Indonesia dalam tempoh beberapa bulan akan datang, perkhidmatan kesihatan perlu bersedia menghadapi kemungkinan lonjakan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata beberapa hospital Covid-19 telah mengetatkan syarat lawatan dan mengehadkan kemasukan ke hospital terhadap pesakit bukan Covid-19 untuk mengelakkan peningkatan kes secara mendadak.

Sebanyak 138 kes varian Omicron telah dikesan setakat ini, di mana 135 kes adalah kes import dan tiga lagi kes akibat penularan tempatan, satu di Jakarta dan dua di Surabaya.

Indonesia menjadi pusat wabak Covid-19 Asia dengan 54,000 kes direkodkan pada pertengahan Julai tahun lalu, tetapi trend jangkitan kini semakin menurun.

Sehingga 2 Januari, data dikumpulkan Pasukan Petugas Covid-19 Indonesia menunjukkan jumlah kes positif menurun kepada 174 daripada 274 hari sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan 4,263,168 kes.

Sebanyak 165,900,8872 orang telah menerima vaksin Covid-19 dos pertama, 114,103,362 dos kedua dan 1,288,890 dos ketiga. – Bernama

(Visited 93 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button