Politik

Akhirnya pelantikan 500 ketua kampung di Perak selesai

ELAK pisang berbuah dua kali. Itulah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan Menteri Besarnya, Datuk Seri Shaarani Mohamad yang mengambil masa untuk menyelesaikan pelantikan lebih 500 ketua kampung bagi mengelakkan berulangnya kesilapan lalu.

Saarani berkata, sebelum ini timbul masalah seperti ada ketua kampung yang tidak bermastautin di perkampungan diuruskannya berlaku disebabkan pengagihan jawatan antara Barisan Nasional (BN), PAS dan Bersatu.

Menurut beliau, walaupun UMNO mendominasi pada ketika itu, PAS serta Bersatu turut menuntut ahlinya dilantik ke jawatan berkenaan dan perbezaan struktur cawangan parti dari segi lokaliti menyukarkan proses pemilihan.

“Kerana hendak bagi “muka” kepada PAS dan Bersatu maka berlaku masalah…ada isu tiada wakil Bersatu boleh menjadi ketua kampung. Jadi, terpaksa ambil orang A jadi ketua kampung Z.

“Ini menimbulkan masalah kerana ketua kampung sepatutnya bermastautin dalam kampung dan memahami budayanya,” katanya menurut laporan FMT.

Beliau berkata, akhirnya kita lantik penghulu jadi Ketua JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung).

Dan wakil dalamnya ada UMNO, Bersatu dan PAS…dikatakan satu kampung ada tiga ‘ketua’, katanya.

Beliau berkata, mengambil pengajaran daripada kesilapan itu, pentadbiran Kerajaan Perpaduan BN dan Pakatan Harapan (PH) kini lebih berhati-hati untuk mengelakkan penduduk kampung sukar berurusan dengan pemimpin dilantik.

“Di Perak ada 828 kampung dan yang tiada masalah langsung sekitar 50% atau kira-kira 500 kampung,” jelasnya.

Untuk rekod, pada Mei 2020, portal berita FMT melaporkan, berlakunya perebutan jawatan ketua kampung antara UMNO dan PAS sebaik sahaja gabungannya membentuk Kerajaan Negeri Perak bersama Bersatu yang keluar daripada PH beberapa bulan sebelum itu.

Masalah itu wujud di kawasan majoriti Melayu yang kebanyakkannya dikuasai UMNO.

Namun pada masa sama, PAS mahu mengembangkan pengaruhnya dengan memegang jawatan pemimpin akar umbi.

Kawasan terbabit termasuk di Rungkup, Gunung Semanggol, Kuala Kurau, Tualang Sekah, Kampung Gajah dan Chenderiang. – SM

(Visited 426 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button