fbpx
Jenayah

Buruh warga Indonesia maut dipanah petir ketika mengait buah kelapa sawit

SEORANG buruh warga Indonesia maut dipercayai dipanah petir ketika sedang mengait buah kelapa sawit di Ladang Tersat, Hulu Terengganu, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, mangsa, Maniadi, 40, dikatakan telah pergi mengait buah sawit bersama rakannya sebelum ditemukan dalam keadaan terbaring pada pukul 2.50 petang.

“Mangsa kemudiannya dibawa balik ke rumah kongsi yang berada pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi kejadian oleh dua rakannya dengan menggunakan motosikal.

“Mangsa dipercayai telah meninggal dunia di lokasi kejadian. Pemeriksaan fizikal ke atas tubuh badan mangsa mendapati terdapat kesan terbakar di telapak tangan kanan akibat terkena panahan petir semasa mangsa mengait buah kelapa sawit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd. Adli berkata, pihak polis tidak menemui sebarang kecederaan akibat daripada perbuatan jenayah pada badan mangsa.


Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut, katanya. – SM

Show More

Related Articles

Back to top button