fbpx
Politik

Akar umbi UMNO akan tolak cadangan gagasan perdana


Warning: sprintf(): Too few arguments in /srv/users/suaramerdeka/apps/suaramerdeka/public/wp-content/plugins/wp-user-avatar/includes/class-wp-user-avatar-functions.php on line 668

Warning: sprintf(): Too few arguments in /srv/users/suaramerdeka/apps/suaramerdeka/public/wp-content/plugins/wp-user-avatar/includes/class-wp-user-avatar-functions.php on line 668

Timbalan Ketua UMNO Johor, Nur Jazlan Mohamed berkata, pemimpin akar umbi dan ahli parti itu tidak akan bersetuju dengan penubuhan gagasan perdana membabitkan Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak untuk memenangi pilihan raya umum ke-15.

Beliau menyifatkan PPBM sebagai parti minoriti lemah yang tidak mempunyai kekuatan akar umbi apabila kehilangan jawatan menteri besar di Johor, Kedah dan Perak selepas PRU-14 lalu.

“Contohnya, kegagalan menteri besar daripada PPBM di Perak menjaga kepentingan bersama PN telah menimbulkan tindak balas daripada ADUN UMNO yang menyebabkan penyingkirannya,” katanya kepada FMT.

Beliau mempersoalkan bagaimana gabungan itu mahu berunding dan menentukan pembahagian kerusi yang tidak memihak kepada UMNO, tetapi meminta parti itu berusaha memenangkan calon PPBM.

“Prinsip demokrasi berparlimen adalah majoriti menentukan nasib minoriti, bukan sebaliknya,” katanya mengulas cadangan Setiausaha Agung PN dan PPBM, Hamzah Zainudin hari ini untuk PN, BN dan GPS bersatu di bawah sebuah gagasan perdana bagi memastikan kemenangan pada PRU-15.


Katanya, gagasan itu perlu menggubal “Piagam Persefahaman Politik” untuk meyakinkan rakyat ia menawarkan kestabilan politik kukuh serta keupayaan untuk terus mentadbir negara melalui dasar berkesan.

Hamzah melontarkan cadangan itu berkata, persefahaman politik antara ketiga-tiga parti itu harus dikekalkan agar Kerajaan PN  dapat terus memerintah sebagai Kerajaan.

Gagasan besar itu juga boleh menjadi strategi untuk Kerajaan PN dapat mengambil alih kerajaan negeri yang masih lagi diperintah oleh parti pembangkang.

(Visited 952 times, 1 visits today)


Warning: sprintf(): Too few arguments in /srv/users/suaramerdeka/apps/suaramerdeka/public/wp-content/plugins/wp-user-avatar/includes/class-wp-user-avatar-functions.php on line 668

Warning: sprintf(): Too few arguments in /srv/users/suaramerdeka/apps/suaramerdeka/public/wp-content/plugins/wp-user-avatar/includes/class-wp-user-avatar-functions.php on line 668
Show More

Related Articles

Back to top button