Politik

Sudah 25 hari sejak Agong bertitah Parlimen boleh bersidang

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sudah 25 hari berlalu sejak Yang di-Pertuan Agong bertitah Parlimen boleh bersidang semasa tempoh Ordinan Darurat berkuatkuasa.
Namun katanya, sehingga hari ini masih tiada tarikh ditetapkan kerajaan untuk wakil rakyat kembali bersidang di Dewan Rakyat.
“Fungsi Parlimen sebagai proses semak dan imbang dalam sistem demokrasi negara terus tergantung dengan alasan ‘sains dan data’.
“Perlu ingat Parlimen mempunyai kedudukan paling utama dalam sistem demokrasi.
“Parlimen adalah forum untuk rakyat menyuarakan permasalahan melalui wakil mereka yang dipilih dalam pilihan raya.
“Merupakan badan perundangan Persekutuan yang memeriksa dasar-dasar kerajaan demi kepentingan negara.
“Menjaga dasar pengasingan kuasa Eksekutif, Legislatif dan Judisiari bagi mengelak penyalahgunaan kuasa akibat pemusatan kuasa,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Justeru, beliau berpandangan sudah tiba masa amalan demokrasi ini kembali dipulihkan juga dengan alasan ‘sains dan data’.
Katanya, pertama, fungsi Parlimen masih dapat diteruskan secara selamat termasuk secara maya seperti yang banyak dilakukan negara lain.
“Kedua, ramai Ahli Parlimen telah mengambil suntikan vaksin Covid-19 sejak program vaksinasi kebangsaan bermula.
“Ketiga, kebanyakan aktiviti lain termasuk persekolahan sudah pun dibenarkan beroperasi, maka tiada sebab Parlimen terus ditutup.
“Keempat, Ahli Parlimen Batu Pahat beritahu dalam Facebook beliau telah lari sekeliling Parlimen sampai ‘ketaq’ lutut lari kelmarin.
“Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu kata dia lakukan gimik untuk acara ‘Parliament Virtual Run 2021’,” kata Ahmad Zahid.
(Visited 164 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button