Hiburan

Ahmad Fedtri Yahya kemalangan, isteri mohon doakan keselamatannya

SELEBRITI dan pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya dilaporkan terlibat dalam kemalangan dan kini senang menjalani rawatan di hospital.

Berita tersebut dikongsikan isterinya, Nurul Anati Ismail menerusi satu status yang dimuat naik menggunakan akaun Instagram rasmi suaminya.

“Assalamualaikum. Suami saya, Ahmad Fedtri Yahya, terlibat dalam kemalangan dan selesai menjalani pembedahan malam tadi.

“Banyak kecederaan di muka. Semuanya sudah dijahit sempurna. Alhamdulillah.

“Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya,” tulisnya.

Beberapa rakan artis turut memberikan komen dan mendoakan Ahmad Fedtri lekas sembuh namun belum ada kenyataan berkenaan punca dan lokasi kemalangan daripada isterinya.

Dalam gambar yang dimuat naik untuk isterinya itu, Ahmad Fedtri dilihat mengalami beberapa kecederaan di bahagian muka. -SM

(Visited 343 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button