Hiburan

Puteri Sarah minta cerai, enggan hidup bermadu

BEBERAPA hari kebelakangan ini dunia hiburan tanah air panas dengan kemelut rumah tangga anak dan menantu produser six million dollar, Datuk Yusof Haslam, Syamsul dan Puteri Sarah yang mana akhirnya Syamsul mengaku dia telah menikah dengan Ira Kazar di Siam.

Selepas itu, menggunakan platform media sosial, Syamsul memuat naik visual meminta isteri-isterinya bersabar.

 

Terkini menerusi hantaran Instagram akaun milik Puteri Sarah, beliau meminta suaminya itu melepaskan atau menceraikannya disebabkan dia tidak mahu hidup bermadu.

“Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak blok saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang, saya minta lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadukan dan awak seorang suami yang narcissistic. We deserved better”, luah Puteri Sarah melalui IGnya.

Rata-rata pengikut Puteri Sarah menyokong tindakannya selain diberikan kata-kata semangat agar beliau terus kuat demi anak-anak.

Pada Jumaat lalu Syamsul mengejutkan orang ramai apabila tampil mengumumkan telah menikahi Ira di Thailand.

Pernikahan Ira dengannya diwalikan oleh Kazar Saisi, bapa kandung Ira yang juga merupakan artis senior.
Untuk rekod, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayyah, 4. – SM

Syamsul Yusof nikah dengan Ira Kaza-Puteri Sarah

 

(Visited 1,058 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button