Uncategorized

Ahmad Faizal mengadap Sultan Perak segera

MENTERI Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dijadual akan mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta, petang ini.

Ahmad Faizal dalam sidang media berkata, perkara itu perlu dilakukan segera kerana kerajaan negeri perlu meluluskan belanjawan untuk tahun hadapan.

“Keadaan sekarang speaker akan menyembah maklum keputusan yang sudah kita capai dalam sidang dewan, saya juga akan memohon untuk mengadap Sultan Perak.

“Saya kira selepas itu Sultan Perak perlu membuat keputusan untuk memilih salah seorang daripada kami Ahli Dewan Undangan Negeri yang baginda percayai dapat memperolehi majoriti untuk menubuhkan kerajaan.

“Saya kira perkara ini (mengadap Sultan Perak) perlu kita lakukan dengan segera kerana di hadapan kita masih memerlukan untuk meluluskan satu belanjawan tahun hadapan.

“Kita tidak mahu atas apa juga isu politik kepentingan negeri tidak dapat dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Surat Kelulusan Projek Masjid dan Surau di Negeri Perak di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Beliau menegaskan untuk memberi komitmen dan kerjasama kepada sesiapa juga yang Sultan Perak fikirkan mempunyai majoriti.

Difahamkan, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid juga akan mengadap Sultan Perak di Istana Kinta, Ipoh, petang ini.-SM

 

(Visited 171 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button