Nasionalpilihan

Agong terima peletakan jawatan PM, Muhyiddin jadi ‘caretaker’

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abudllah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan menerima surat peletakan jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri berkuat kuasa serta merta.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, sesi menghadap Perdana Menteri berlangsung selama 30 minit.

“Susulan daripada peletakan jawatan ini, Baginda berkenan supaya Yang Amat Berhormat Tan Sri Mahiaddin Md. Yassin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

“Ini adalah selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Baginda melantik seorng Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri baharu untuk mempengerusikan Jemaah Menteri,” katanya.

Selain Muhyiddin, Baginda turut berkenan menerima menghadap Ketua Setia Usaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Abdul Ghani Salleh pada pukul 11 pagi tadi.

Menurutnya, Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Muhyiddin dan jemaah Menteri atas khidmat banti dan urus tadbir negara yang telah dilaksanakan di bawah Perikatan Nasional bermula 1 Mac khususnya dala memerangi pandemik Covid-19.

Jelasnya, Baginda turut menerima sembah maklum daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa sehingga 10 Ogos, daripada 613 kawasan Dewan Undangan Negeri, sebanyak 424 kawasan adalah zon merah Covid-19.

“Pada hemat Seri Paduka Baginda, pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 bukan satu pilihan yang terbaik atas faktor kemaslahatan dan keselamatan rakyat.

“Baginda juga menzahirkan harapan agar kemelut politik yang berlaruan tanpa kesudahan yang telah menganggu kelancaran tadbir urus negara ini dapat diakhiri demi kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara yang diancam oleh pandemik Covid-19,” katanya.

Baginda turut mengambil kesempatan untuk menyeruh seluruh rakyat agar bertenang dan bersama Baginda mendoakan agar negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah, dijauhi daripada sebarang musibah dan wabah Covid-19 dapat dibendung dengan segera.

(Visited 308 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button