NasionalNegeri

Rakyat diminta guna Draf RKK platform kemuka idea – Azlan Man

MENTERI Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man menggesa rakyat dari pelbagai lapisan supaya menggunakan Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kota Raja – Pauh Putra sebagai platform bagi mengemukakan idea untuk pembangunan negeri ini.

Beliau berkata, ini kerana segala pandangan boleh dikemukakan dengan mengisi Borang Maklum Balas dan Bantahan Awam yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Kangar (MPK).

Katanya, gunakan peluang menyertai proses perancangan draf ini yang diberikan tempoh sehingga 15 September ini.

“Sebarang bantahan dan cadangan awam akan diambilkira jika didapati sesuai untuk penambahbaikan draf ini,” katanya pada pemberita selepas melancarkan Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf (RKK) Kota Raja – Pauh Putra di Dewan Warisan,  hari ini.

Program ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama MPK, PLANMalaysia (Bahagian Rancangan Pembangunan Pejabat Projek Zon Utara, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) dan PLANMalaysia@Perlis.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Azizan Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) PLANMalaysiq, Md Nazri Abdullah dan Yang DiPertua MPK, Norazlan Yahaya.

Berdasarkan profil Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kota Raja ini ia akan melibatkan kawasan keseluruhannya yang seluas  3,304.9 hektar.

Ia termasuk kawasan Kota Raja (1,480.59 hektar), Pauh (597.26 hektar) dan Pauh Putra (1,227.05 hektar).

Sebanyak 47 projek pembangunan yang dicadangkan iaitu enam projek “quick win”, sepuluh projek jangka pendek dan 31 projek jangka panjang.

Orang ramai boleh mengunjungi lokasi pameran tetap draf ini di lobi MPK Kangar, lobi Pejabat MPK Cawangan Arau dan pejabat PLANMalaysia@Perlis mulai pukul 9.30 pagi hingga 4.30 petang dari Isnin hingga Jumaat.

Selain itu terdapat pameran bergerak di Masjid Negeri Arau dari 15 hingga 19 Ogos, Masjid Al Mursyid, Pauh dari 22 hingga 26 Ogos, Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah UniMAP, Pauh dari 29 Ogos hingga 2 September dan Kompleks Tok Arau (CMart) dari 5 September hingga 8 September).

Pameran bergerak ini dibuka di lokasi berkenaan mulai pukul 11 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Jumaat.- SM

(Visited 281 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button