Politik

Agong mahu kerajaan stabil sehingga PRU-15, kata Tuan Ibrahim

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu sokongan terhadap perdana menteri baru kekal sehingga Pilihan Raya Umum ke-15.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, reaksi tegas jelas terpapar di wajah baginda ketika sesi perjumpaan dengan ketua-ketua parti yang lalu.

“Saya tengok baginda tidak mahu berulang (peristiwa) tarik balik sokongan selepas ini sehingga PRU  akan datang,” katanya ketika dihubungi HarakahDaily.

Menurut Tuan Ibrahim, Yang di-Pertuan Agong amat mengharapkan sebuah pentadbiran politik negara yang lebih kukuh dan stabil.

PAS yang menjadi kumpulan terkahir menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam, keluar dari perkarangan Istana Negara kira-kira jam 4 petang menaiki dua buah bas mengakhiri pertemuan baginda dan 114 ahli-ahli Parlimen.

Sesi menghadap itu dimaklumkan bertujuan untuk mengesahkan Akuan Bersumpah (SD) sokongan kepada Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, sesi Ahli-ahli Parlimen PAS menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam berjalan dengan baik dan sempurna.-SM

(Visited 351 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button