Politik

Sumbangan hari raya di Perlis dikembalikan jika BN bentuk kerajaan negeri, Pusat

BAPA tunggal bakal menjadi penerima terbaharu di antara kira-kira 40,000 orang di Perlis yang layak menerima sumbangan Hari Raya jika diberikan mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk menerajui kerajaan negeri ini dan Pusat selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man yang mengumumkan demikian sekaligus merujuk kepada usaha BN untuk menggembalikan semula sumbangan ini yang terhenti sejak pembangkang mengambilalih kerajaan Pusat sejak 2018.

Beliau berkata, sejak dihentikan sumbangan sebanyak RM150 setiap seorang ini telah menyebabkan timbul keluh kesah di kalangan penerimanya apabila terpaksa berhari raya dengan serba kekurangan.

“Kita berjanji akan melaksanakan ini semula tetapi ia akan menjadi kenyataan jika rakyat bersatu hati memberikan kemenangan kepada BN di peringkat kerajaan negeri ini dan juga Pusat,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Manifesto BN dii Bilik Gerakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong di Kangar.

Azlan berkata, sumbangan ini telah diberikan setiap tahun bagi semua perayaan iaitu Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Deepavali.

Azlan berkata, sebelum ini hanya lima kategori saja layak menerima sumbangan ini iaitu anak yatim, ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan asnaf tetapi akan datang akan ditambah bapa tunggal.

Beliau berkata, pihaknya bercadang akan menaikkan sumbangan ini kepada RM200 setiap seorang.

Katanya, nilai itu dilihat bersesuaian dengan keadaan taraf ekonomi sekarang ini. – SM

(Visited 88 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button