Berita

RM30,000 diberikan kepada Pertubuhan Rumah Kebajikan Islam Mulia

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Setia Dr Mohd Naim Mokthtar Setia berpeluang menyampaikan sumbangan untuk golongan asnaf dan anak yatim.

Beliau menyampaikan sumbangan berjumlah RM30,000 ketika melakukan lawatan ke Rumah Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan Islam Mulia demi keperluan mereka.

Datuk Setia Dr Mohd Na’im Mokthtar ketika beramah mesra bersama anak yatim

Rumah Anak Yatim ini merupakan Pertubuhan Kebajikan Islam Mulia di bawah naungan inisiatif Prihatin Madani dan sebahagian dari inisiatif AlFalah, ia merupakan sebahagian dari visi membangun Malaysia Madani, fokus untuk meningkatkan taraf hidup umat Islam dan Rakyat Malaysia.

Menurut Mohd Naim, Yayasan Taqwa, telah berjaya mengenal pasti golongan sasaran dan menghimpunkan sumbangan sebanyak RM540,836.00. Jumlah anak yatim yang telah menerima bantuan pula adalah sebanyak 3,496 orang dalam tempoh yang sama.

“Sokongan dan bantuan sebegini memainkan peranan penting sebagai bantuan yang bermakna bagi mereka yang tiada tempat bergantung dan berada dalam kesempitan hidup,” katanya.

Dalam kesempatan tersebut, Dato’ Setia Dr Mohd Naim Mokhtar juga mengucapkan terima kasih dan memberikan penghargaan kepada NGO, aktivis, dan masyarakat yang banyak membantu golongan yang memerlukan dan memberikan jalan keluar kepada mereka secara berterusan.

Dengan inisiatif Prihatin Madani dan usaha berterusan, diharapkan kebajikan dan kesejahteraan golongan memerlukan, terutama anak yatim dan asnaf, dapat diberikan perhatian yang seimbang dan memberi manfaat besar kepada masyarakat serta negara.

(Visited 70 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button