Hiburan

“Abang bangun. Bangun bang” – Ali, adik allahyarham Abam

“ABANG bangun. Bangun bang. Kenapa ko macam ni?” itulah saat dan ketika adik allahyarham Abam Bocey, cuba mengejutkan abangnya yang telahpun menghambuskan nafas terakhirnya pada pukul 7 pagi tadi.

Menurut Ali Puteh, adik kandung allahyarham Abam, sejurus dia mendapat panggilan telefon daripada kakak iparnya, isteri allahyarham Abam, dia membawa ibu mereka ke rumah allahyarham di Gombak.

Kata Ali ketika ditemubual secara langsung, live streaming oleh portal berita MG, dia berkata, “bila saya pegang kaki Abam, kakinya sejuk.

“Dalam hati saya berkata, Abam dah taka da. Bila saya pegang dan rapatkan muka saya kat muka dia, saya sudah tau dia dah taka da. Dia dah pergi tinggalkan kita.”

Kata Ali yang membahasakan dirinya sebagai Angah, dia cuba mengejutkan Abam sambil berkata, “Angah datang ni bawak mak.”

Ali yang baharu kematian anaknya kira-kira tiga bulan lalu, hari ini diuji pula dengan kehilangan satu-satunya abangnya yang pulang ke rahmatullah pagi tadi.

Kata Ali, Abam ada memaklumkan dia demam dua hari dan mak ingatkan macam biasa.

“Saya terkilan tak dapat borak dengan dia. Dua tiga hari lepas ada hubungi dia. Malam final, saya menang, dia orang pertama yang peluk saya lama-lama. Selama masuk pertandingan lawak, saya tak mampu kalahkan dia.

“Tetapi apabila saya menang, Abam memeluk saya sambil berkata, Adik aku yang hebat. Adik aku yang paling handal.

“Saya pula berkata kepada Abam, Bang aku menang. Kemenangan aku ini pun bukan untuk orang lain, untuk kita.

“Saya kalahkan dia dalam pertandingan lawak. Dia pula pergi buat selama-lamanya hari ini. Saya tak tau nak cakap macam mana,” kata Ali sambil menangis dan menyapu air matanya yang deras mengalir.

Beza usia Ali dan allahyarham Abam hanya setahun. Allahyarham Abam, 32, Ali, 31.

Selepas bapa mereka meninggal dunia pada tahun 2019, kata Ali, mereka sama-sama susah.

“Tahun 2010, kami makan nasi dengan garam. Daripada kita tak ada apa apa. Kita kerja cari rezeki untuk keluarga.

“Dia lebih hebat daripada saya. Dia banggakan mak. Dia sara adik beradik. Dan dia pernah kata kepada saya, suatu hari nanti kau akan ikut aku Ali.

“Bila ingatkan benda-benda tu balik, rupa-rupanya dia nak pergi selama-lamanya. Saya rasa macam tak mampu untuk hadapai dugaan ini,” kata Ali lagi.

Ditanya apakah momen paling indah di antaranya dengan allahyarham Abam, jawap Ali, “terlalu banyak.

“Kami adik beradik kandung. Hubungan kami bukan macam kawan-kawan. Beza usia kami setahun. Susah senang kami bersama dari kecil sampai besar. Makan tak makan, kami sama-sama.

“Saya tak mampu nak ungkap apa lagi kerana dari kecil sampai besar, dialah satu-satunya abang saya. Dia seorang sahaja abang saya. Dia segala-galanya buat saya.

“Hari ini, abang saya sudah tiada. Tak mampu sebenarnya nak saya tahan. Ketika anak saya meninggal dunia tiga bulan lalu, saya duduk termenung memikirkan nasib hidup saya.

“Ini perancangan tuhan. Allah uji saya. Saya kena tahan. Tiada lagi istilah Abam.

“Sebelum ini, bolehlah saya tanya Abam… Mcam mana bang, macam mana bang. Hari ini, saya sudah tak ada abang,” katanya yang akan teruskan langkah dalam industri seni tanah air.

Kata Ali lagi, sebelum ini, dia dan allahyarham Abam ada merancang untuk merakamkan sebuah program masak memasak dan penggambaran program tersebut sepatutnya dilakukan selepas hari raya nanti.

“Ada satu program lepas raya  yang akan shooting. Program masak masak. Tapi tak kesampaian. Benda tu ditunda-tunda sehinggalah lepas raya.

“Saya takkan buat program ini kerana saya yang merancang dengan dia. Orang lain tidak boleh menggantikan dia,” ujar Ali.

Sekarang, kata Ali lagi, dia perlu mententeramkan ibu mereka.

“Saya perlu tenteramkan mak. Mak sakit. Mak tak sihat. Saya akan jaga mak. Sama macam Abam jaga.

“Abam pernah kata kepada saya, kalau kita baik, Li, kita buat baik pada orang, orang akan sayang kita dan hari ini terbukti, ramai yang sayang Abam.

“Semua orang datang nak tengok Abam buat kali terakhir,” kata Ali. – SM

(Visited 741 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button